Resepi Ayam Masak Halia Ala Cina


Buat ibu-ibu surirumah pasti suka kebuntuan tak ada idea nak masak apa. Tiap hari masak sampai tak tahu nak masak apa. Ulang-ulang je menu yang sama. Hari ini pun cuba masak menu lain. Bila ada yang kongsi resepi ayam masak halia ala thai, saya cuba kongsi resepi ayam masak halia ala cina. Ok tak perlu banyak masa nak bahas lagi, jom kita tengok cara masaknya.

 

Bahan-Bahan

  • Setengah ekor ayam – potong sederhana size
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 6cm halia – diblend
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 6cm halia (dihiris pajang2)
  • serbuk lada hitam
  • bawang besar potong bulat (untuk hiasan)
  • cili merah

Cara penyediannya

  1. 1- Bersihkan ayam, perap dengan bahan perapan selama 20 minit atau lebih
  2. 2- Panaskan minyak untuk menumis. Tumis halia sehingga garing. Kemudian masukkan bawang besar & bawang putih
  3. 3- Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Masak hingga ayam empuk. Jika suka berkuah boleh lah tambahkan air
  4. 4- Masukkan garam & gula secukup rasa. Masukkan juga cili potong, bawang potong & serbuk lada hitam

Ayam masak halia ala cina dah siap dihidangkan. Tengok juga cara masak berkuah di Blog Adaike. Semoga berjaya.


Write a comment

Comments: 5